Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan persidangan IPF peringkat Negeri Sembilan di Stadium Paroi yang turut dihadiri Presiden parti itu, Datuk M. Sambanthan.
Ahli dan Penyokong IPF juga dipuji kerana sanggup bekerja keras untuk kemenangan calon BN pada setiap pilihan raya umum tanpa mengharapkan balasannya.
“Walaupun IPF tidak diberi sebarang jawatan penting di negeri ini, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah untuk membalas sumbangan dan jasa mereka,” katanya.
Sambanthan dalam ucapannya berkata, IPF akan terus taat setia bersama BN dan kerajaan Negeri Sembilan secara berterusan.
Warga emas dalam kalangan komuniti India di negeri itu turut diraikan dengan penyampaian bantuan bersempena sambutan Deepavali pada 29 Oktober ini. – Malaysia Nanban