IPF akan tuntut 2 Parlimen 6 DUN menjelang PRU-14 – Sambanthan

Presidennya Datuk M. Sambanthan berkata, pihaknya akan menuntut dua kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kami membawa usul bahawa IPF perlu diberikan dua kerusi Parlimen dam enam DUN untuk bertanding pada PRU-14 bagi menjamin kemenangan BN.

“Ini adalah usul yang dibawa pada setiap AGM tahunan kami kepada kerajaan.

“Kami harap PM akan menerima dan mempertimbangkan permohonan kami,” katanya.

Tambah beliau, pengiktirafan itu boleh menjadi hasil perjuangan IPF untuk kemenangan BN selama 24 tahun yang lalu.

“Ada pihak cuba mengusik kami dan menguji kekuatan kami yang sentiasa di sebelah BN. Tapi kami tidak akan berganjak dari prinsip kami iaitu BN penjamin masa depan komuniti India.

“Bagi memperluaskan sayap IPF ke seluruh negara menerusi Pejabat IPF negeri, kami juga berharap kerajaan membantu dengan menyuntik dana RM5 juta bagi tujuan itu,” katanya lagi. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal