Katanya, walaupun IPF masih tidak diterima sebagai salah satu parti komponen, status mereka sebagai parti mesra BN tidak akan melunturkan perjuangan mereka bersama demi kesejahteraan komuniti India dan juga parti itu.
“IPF sejak lebih 24 tahun berjuang untuk menganggotai komponen BN dan ia maish diteruskan tanpa berputus asa.
“Walaupun ia dilihat sebagai satu kekurangan untuk kami, tetapi parti ini menjadi kepercayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ia adalah satu indikasi dan pengiktirafan membanggakan untuk kepimpinan dan para ahli IPF.
“Maka kami akan turun padang dan bekerja keras menggembleng tenaga bersama UMNO, MCA dan parti-parti lain untuk memastikan BN terus diberi mandat besar pada PRU akan datang,” katanya.
Tambah beliau, sehingga ke hari ini pembangkang masih menaburkan pelbagai janji namun masih gagal untuk mengotakan janji-janji itu.
Oleh demikian beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah palsu pembangkang yang hanya bermotifkan politik.
“BN sentiasa melaksanakan janji-janji dan pelan perancangan yang disusun untuk rakyat selama ini dan akan diteruskan.
“Maka penting untuk kita bersatu hati terus bersama BN untuk kesejahteraan hidup yang cerah dan terjamin.
“Usaha pembangkang cuba menggulingkan kerajaan tidak bermakna, ia harus berlaku secara proses demokrasi manakala niat BERSIH juga tidak bermakna.
“Kami akan terus berganding bahu dengan parti komponen BN dan sekutunya myPPP, Makkal Sakti,” katanya lagi. – Tamil Nesan.