Inspektor Gunasegaran cabut peluru komunis dari dadanya sendiri

Pada 9 Jun 1980, Inspektor Gunasegaran Naidu Ratinam telah mengetuai 21 anggota polis Senoi Praaq masuk ke hutan di Ulu Kelantan untuk menyertai operasi khas memburu anggota komunis yang dinamakan OPS BAMBU.

Beberapa jam selepas berada di kawasan musuh, pasukannya telah dihujani peluru komunis. Tembak menembak berlaku dengan hebat sekali. Gunasegaran secara diam-diam telah mara ke hadapan secara berseorangan untuk mencari posisi sesuai bagi membalas tembakan berkenaan. Dia sempat menembak mati seorang daripadanya namun malang menimpa apabila dia terkena tembakan di dadanya. Dia terjatuh.

Walaupun cedera parah, Gunasegaran langsung tidak melepaskan genggaman senjatanya. Malah dia kemudian MENCABUT/ MENCUNGKIL SENDIRI peluru yang hinggap ke dadanya sebelum bangun semula dan terus melepaskan tembakan tanpa menghiraukan kesakitan yang ditanggung. Tindakan ‘luar biasa’ Gunasegaran ternyata mengundang kemarahan pihak komunis.

Dia kemudian ditembak sekali lagi hingga jatuh buat kali kedua. Gunasegaran akhirnya meninggal dunia di dalam hutan tebal itu dengan darah membuak-buak membasahi tanah air kesayangannya.

Di atas keberaniannya yang luar biasa itu, Yang Dipertuan Agong telah menghadiahkan pingat keberanian kedua tertinggi negara Panglima Gagah Berani (PGB) kepada mendiang Gunasegaran. Salute!

Â

Dipetik dari Facebook Syahril A. Kadir

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi pemilik akaun Facebook dan tidak mempunyai kaitan dengan pihak editorial SmasaNews.com

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai