Pendek kata, kalau pengangkutan awam Lembah Kelang asyik dok macam tu juga, serius, memang DISASTER ler jawabnya!
Laluan pertama dari Sg Buloh ke Kajang (51km) dengan kos RM23 bilion dijangka boleh membawa 400,000 penumpang sehari manakala laluan kedua dari Sungai Buloh ke Putrajaya (52km termasuk 13.5km laluan bawah tanah) dengan kos RM32 bilion dijangka boleh membawa 530,000 penumpang sehari. Untuk pengetahun korang, bila siap nanti, aku yang dulu ‘setengah gila’ drive satu jam lebih dari Damansara ke Putrajaya – hanya akan ambil masa 30 minit je untuk sampai!
Malam tadi aku ambil kesempatan ‘tinjau-tinjau’kat depoh utamanya kat Sungai Buloh yang sedang dalam pembinaan. Serius aku cakap, mengkagumkan, besar gila, futuristik dan memang terbaik!
Dan kita mungkin tertanya-tanya siapalah agaknya orang Nombor Satu atau KAPTEN yang bertanggungjawab untuk memastikan projek mega bernilai lebih RM50 bilion ini disiapkan dan seterusnya memastikan jutaan penumpang dapat menggunakan kemudahan ini?
Meh aku story mory sikit. Nama beliau macam nama aku, nama panggilan dia pun sebijik macam nama panggilan aku – DATUK SERI SHAHRIL MOKHTAR atau nama ‘manjanya’ Ayen!
Ayen ni budak Sekolah St John Kuala Lumpur dan ada Ijazah Sains Industri dan Psikologi dari St. Missouri University US serta Master dalam bidang pengurusan dari Universiti Malaya.
Aku pernah baca interview dia dengan Kosmo! tak lama dulu, katanya dia ni memang ‘masak’ dengan sistem pengangkutan di Kuala Lumpur ni kerana dulu masa sekolah dia selalu naik bas mini dan bas Sri Jaya. Malah dia pernah panjat naik bas GUNA TINGKAP sebab punya berebut nak dapat tempat duduk!
Baguslah tu. At least dia dah tahu betapa ‘haru birunya’ sistem pengangkutan awam ni. By the way, walaupun masih muda, baru 44 tahun, aku salute jugaklah pada beliau kerana seriously bukan mudah nak handle projek mega dan raksasa ni. So far Ayen telah buktikan semua projek MRT sekarang berjalan ikut jadual hingga dapat pujian Perdana Menteri.
Dan bila aku check bakcground Ayen ni, ternyata dia bukan calang-calang CEO beb. Sebelum ini beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Kumpulan PRASARANA, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Penasihat Unit Perancang Ekonomi JPM.
Terbaru, atas kecemerlangannya menerajui MRT, kerajaan menyambung lagi kontrak Ayen selama dua tahun sehingga 31 Disember 2018. Harap Ayen dapat jaga amanah uruskan duit rakyat yang RM50 bilion ini dan seterusnya mengubah lanskap pengangkutan awam Malaysia menjadi yang terbaik di peringkat dunia.
Tiada yang mustahil Datuk Seri!