Fara ditemui ketika muncul dalam program Bengkel Sekolah Radio iM4U di i4MU Sentral, di Puchong pada Khamis berkata segala persoalan telah dijawab menerusi kenyataan yang dikirim melalui Whatsapp baru-baru ini.
Terdahulu ketika soal jawab dalam program itu, Fara sempat menjawab pertanyaan yang dilontar pengacara majlis Faizal Ismail atau FBI.
“Walau apa pun masalah dan cabaran hidup, kerja tetap diteruskan,” katanya.
Kehadiran Fara pada Khamis sememangnya dinanti wakil media bagi mendapatkan penjelasan sebenar punca pembatalan majlis perkahwinannya yang dijadual berlangsung pada 17 September ini.
Fara sebelum ini bertindak mengumumkan pembatalan perkahwinan dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Baidiuzzaman, 30.
Tidak berakhir disitu, timbul pula spekulasi yang menyatakan Mohamed Hafiz merupakan ‘suami orang’
Bagaimanapun status itu telah dinafikan Hafiz pada Rabu dan menyerahkan persoalan itu dijawab Fara.