Individu rakam, viral insiden campak ular bukan suspek polis

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaliknya berkata, individu berkenaan sebelum ini dicari kerana dia merupakan saksi utama kejadian dan diperlukan untuk membantu siasatan.

“Kita telah kenal pasti individu berkenaan dan mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada polis.

“Kami cari dia kerana dia adalah saksi utama, dialah orang pertama yang lihat apa berlaku, siapa yang baling ular ke dalam kolam dan latihan yang budak kecil (murid) jalani,” katanya di Ipoh pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak terus mempertikaikan terutama menerusi media sosial tujuan polis mencari individu berkenaan sebelum ini.Khalid berkata, setakat ini polis telah merakam sebanyak 21 percakapan bagi membantu siasatan mengenai insiden tersebut.

“Jika ada kesalahan kita akan jalankan siasatan dan serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya.

Awal minggu ini, rakaman video berdurasi lebih dua minit menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah jurulatih APM mencampakkan ular ke dalamnya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap