Individu dalam saman DOJ akan diambil tindakan jika terbukti bersalah

Bagaimanapun kata Paul Low, komitmen kerajaan itu dengan syarat mereka yang dinamakan itu telah terbukti bersalah menyeleweng dana daripada syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu.

Jelas Jho Low, saman tersebut dibuat berdasarkan aduan awam yang dibuat oleh beberapa individu dan kerajaan perlu meneliti segala fakta yang dibentangkan oleh penyiasat terlebih dahulu.

“Saya ingin merujuk kepada tindakan yang diambil oleh DOJ Amerika Syarikat, baru-baru ini berdasarkan aduan awam terhadap beberapa individu yang merupakan rakyat Malaysia.

“Sekiranya disahkan bahawa dana dibawa keluar dari 1MDB, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dinamakan, atau sesiapa sahaja yang bersubahat dalam skim ini yang didakwa menipu 1MDB.

“Wang itu jika dicuri daripada kami, mesti dipulangkan semula sepenuhnya, dan mereka yang bersalah dihukum mengikut undang-undang kita dan di negara-negara di mana wang itu dicuci,” kata Paul Low semasa menyampaikan ucaptama pada simposium mengenai tadbir urus.

Ikrar kerajaan ini kata Paul Low dibuat kerana ianya melibatkan kredibiliti dan reputasi kerajaan yang sedang dipersoalkan.

“Justeru, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang melakukan jenayah itu,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia