Individu bercumbu dalam video bukan guru – Mahdzir

Video itu juga tidak melibatkan warga kerja mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Khamis.

Beliau berkata, rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor.

“Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.

Mahdzir sebelum ini berkata kementeriannya akan menyiasat kesahihan video yang disebarkan kembali meskipun ianya telah viral sejak beberapa tahun lalu.

Terdahulu beberapa media tempatan melaporkan penyebaran video yang memaparkan aksi bercumbu dua individu yang kelihatan seperti di sebuah pejabat sekolah.

Video yang mula tersebar di media sosial sejak minggu lalu didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu dan ia mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia