Individu bawah pengawasan polis mati ditembak

Dia yang berumur 21 tahun dan diawasi berhubung kes dadah ditembak setelah kereta yang dinaikinya bersama seorang rakan dikejar pihak polis sejauh 10 kilometer (km).

Rakannya itu kemudiannya ditahan dalam kejadian 5 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt. Shafee Abd. Samad berkata, individu tersebut juga didapati tidak melapor diri kepada pihak polis dalam tempoh yang ditetapkan.

Beliau berkata, kejadian bermula apabila pasukan polis yang membuat rondaan di Taman Jawi Permai terserempak dengan sebuah kereta yang dinaiki dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan.

“Polis kemudiannya mengarahkan pemandu kereta itu agar mematikan enjin keretanya dan keluar dari keretanya. Namun pemandu terbabit terus memecut keretanya ke arah Jalan Sungai Duri,” katanya.

Beliau berkat,a kereta berkenaan turut merempuh tiga buah motosikal anggota polis dan sebuah kereta peronda.

“Polis terpaksa mengejar kereta tersebut lebih 10km dari Taman Jawi Permai di Sungai Bakap hingga Jalan Sungai Daun sebelum melepaskan tembakan ke arah tayar dan bahagian belakang kereta itu sehingga terbabas ke dalam parit,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta tersebut kemudiannya ditemukan mati manakala rakannya yang berumur 26 tahun tidak mengalami kecederaan. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap