Imam merokok disaran segera tinggal tabiat – Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN – “Sah solat di belakang seorang imam yang fasik atau merokok,” tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor.

Menurut beliau, ia berdasarkan pandangan Mantan Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh ‘Abdul ‘Aziz Baz sebelum ini.

“Bagaimanapun adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik-baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak).

“Dakwaan ustaz itu bahawa rokok mengandungi arak dan unsur khinzir juga perlu disokong dengan bukti berdasarkan kajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung satu video tular di media sosial yang mendakwa solat seorang Muslim tidak sah sekiranya imam tersebut merokok.

Dalam perkembangan sama Wan Salim turut menasihatkan imam-imam yang mempunyai tabiat merokok untuk menghentikan tabiat tersebut.

“Cubalah (imam-imam) hentikan tabiat yang tidak baik ini. Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan baik untuk anak-anak jemaah,” katanya. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia