Imam dikritik baca khutbah guna iPad

Imam masjid Umm Ibrahim Al-Faris di Najran, Sheikh Khalid Al-Faris, menganggap penggunaan peranti elektronik berbanding kertas ketika membaca khutbah Jumaat adalah perbuatan yang tidak wajar dan melanggar kelaziman.

“Jemaah datang ke masjid untuk memperkukuhkan keimanan dan perasaan itu perlu dihormati. Memberi khutbah dengan merujuk iPad adalah perbuatan kurang ajar,” kata Al-Faris.

Bagaimanapun, Pemangku Pengarah Hal Ehwal Islam Najran, Sheikh Ahmad Talibi, menegaskan amalan itu adalah wajar dan kementerian sendiri sudah meluluskan penggunaan iPad oleh imam ketika memberi khutbah.

“Tidak ada sebab untuk kita menghalang imam daripada menggunakan iPad atau peranti yang seumpamanya. Ramai antara mereka yang sudah menggunakan teknologi ini di seluruh negara,” katanya.

Katanya, kementerian memantau rapi semua aktiviti imam.

“Selain bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan tekun, penggunaan teknologi tidak akan menjejaskan kualiti kerja mereka dalam apa cara sekali pun,” kata Talibi. -Agensi

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah