Ibu terkejut Adlin ditahan kes penipuan hartanah

“Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat malam Khamis tanpa mahu mengulas lanjut.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dekat sini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu isteri Adlin iaitu Emelda yang dihubungi mStar Online tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran