Ibu tampil beri penjelasan status agama Lindsay Lohan

Dina berkata, tindakan Lindsay memadam semua foto di laman Instagram berikutan dia ingin berehat seketika daripada dunia sosial.

Terdahulu wakil bintang Mean Girls ini turut menafikan dia sudah menukar agama.

Penyanyi berusia 30 tahun itu dikatakan kerap kali ke Dubai dan disangka telah memeluk agama Islam secara rahsia. Walhal dia kini sedang mendalami pengajian beberapa agama termasuk agama Islam.

Disebabkan perkara itu juga, Lindsay menerima diskriminasi kerana mempelajai Islam ketika berada di Amerika Syarikat.

Penyebaran gambarnya bertudung membuatkan spekulasi berkenaan terus diperkatakan.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran