Ibu Kelar Bayi 18 Bulan Sampai Mati

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, semalam.

Ketua Polis Johor, CP M.Kumar berkata, kejadian berlaku pada 1.30 tengah hari dan siasatan awal mendapati wanita berusia 32 tahun itu turut menghantar gambar anaknya yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi Whatsapp.

“‘Sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya dan menambah permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia