Ibu dua anak dipenjara curi susu bayi

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu ke atas Norlelawati Ibrahim, 28, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 jenis barang bernilai RM462.96 termasuk dua susu formula bayi milik Aeon Mid Valley, di sini pada 10.15 malam, 28 Mei lepas.

Mahkamah memerintahkan suri rumah itu menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 28 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhammad Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Norlelawati yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia dan suami masing-masing tidak bekerja serta mempunyai dua anak berumur 10 tahun dan tiga tahun. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia