Husam sertai parti baru tidak jejaskan PAS

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan AMANAH terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

“Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di Kota Bharu, pada Rabu.

Husam, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mengumumkan menyertai AMANAH pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah AMANAH pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai AMANAH adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini.  -Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri