Husam sarung jersi ‘jingga’

Beliau pada malam Selasa dengan rasminya mengumumkan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) setelah empat bulan bebas dari terikat dengan mana-mana parti.

“Saya kini sudah meninggalkan jersi PAS. Saya berdiri kerana ALLAH, pada hari ini saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH,”‎ katanya di Cyberjaya.

‎Antara yang hadir dalam majlis itu Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Salahuddin Ayub kepimpinan tertinggi AMANAH seluruh negeri,‎pimpinan DAP dan lain-lain.

Sebelum itu, Muhammad Sabu dalam sidang medianya menyatakan, beliau menyambut baik keputusan Husam itu.

“Kita sambut siapa sahaja yang mahu menyertai kita,” katanya.

Husam dipecat daripada PAS pada 6 Mei lalu selepas dilihat tidak lagi seiring dengan parti Islam itu, selain seringkali ‎mengkritik kepimpinan parti, termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kini, selepas empat bulan ‘berlayar’ tanpa arah yang jelas, Husam telah mengumumkan secara rasmi beliau menyarung ‘jersi jingga’ untuk meneruskan perjuangan beliau dalam arena politik negara.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri