Nik Abduh berkata, daripada kenyataan itu menunjukkan seolah-olah sehingga hayat terakhirnya, Nik Abdul Aziz akan mengikuti pemimpin itu.
“Masa Tok Guru hidup dulu, dia ni sering bagitahu orang bahawa Tok Guru akan ikut saja cakap dia. Lepas Tok guru meninggal pun, dia masih bagitahu orang bahawa kalau masih hidup, Tok Guru akan ikut dia tinggalkan PAS dan masuk parti baru,” kata Nik Abduh memetik laman Facebook miliknya.
“Nampaknya, sampai mati Tok Guru istiqamah ikut dia. Memang ‘rare’ (ajaib) murid Tok Guru ni sorang…” katanya, tanpa menamakan anak murid yang dimaksudkannya itu.
Kenyataan itu bagaimanapun jelas ditujukan kepada Datuk Husam Musa yang meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH hujung bulan lalu.
Husam sebelum ini mendakwa Nik Abdul Aziz akan mengikut jejaknya menyertai AMANAH.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyelar Husam kerana menngunakan nama Nik Abdul Aziz selepas kematiannya.
Beliau turut menyifatkan kenyataan Husam itu sebagai individu yang jahil agama.
Sebelum ini, umum mengetahui, hubungan rapat Husam dan Nik Abdul Aziz dalam kepimpinan kerajaan Kelantan sehingga pemimpin utama PAS itu seringkali mempertahankan Husam dalam beberapa isu berbangkit.
Husam tidak dilantik sebagai exco kerajaan negeri selepas PRU13 yang menyaksikan Nik Abdul Aziz juga melepaskan jawatan menteri besar yang disandangnya lebih 20 tahun.