Husam ketuai PAN rampas Kelantan

Timbalan Pengerusi PAN Kelantan, Muhamad Hussin berkata Husam akan diberikan peranan untuk mengetuai parti itu merampas Kelantan yang diterajui oleh PAS ketika ini dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita yakin dengan kemampuan yang beliau ada pengalaman yang beliau lalui, hasrat Amanah untuk ambil pemerintahan Kelantan daripada PAS akan tercapai sekaligus menghalang daripada dirampas UMNO.

“Peranan Husam untuk menawan Kelantan itu memang kita bagi ruang yang cukup besar kepada beliau. Sebab PAS sekarang ini bermasalah, pelbagai isu timbul dan rakyat makin keliru dengan perjuangan PAS.

“Amanah juga akan tawarkan kepada rakyat fokus perjuangan kita untuk mengambil alih kerajaan,” katanya seperti dilapor FMT.

Dalam usaha untuk merampas Kelantan kata Hussin, PAN bersedia untuk memberikan Husam jawatan tertinggi diperingkat negeri parti itu.

Husam yang juga merupakan bekas Naib Presiden PAS sebelum ini mengumumkan penyertaan ke dalam PAN.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri