Husam hadir himpunan Deklarasi Rakyat untuk tebus malu Deklarasi Kelantan

Husam berkata, beliau malu dengan pengiktirafan Deklarasi Kelantan yang menurutnya tidak mempunyai kredibiliti.
Beliau sebaliknya berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disokong melalui deklarasi itu sebenarnya mendatangkan kemusnahan kepada rakyat.
“Kemusnahan demi kemusnahan dibawah tangan kuasa anda. Negara minta lepas jawatan anda (Najib) demi kebaikan negara.
“Deklrasi baru-baru ini dapat pengiktirafan apabila Kelantan menyokong beliau dan memilih beliau sebagai perdana menteri. Saya malu dan minta maaf kepada semua rakyat Malaysia, maka itu saya tebus malu dengan berdiri di majlis ini,” katanya ketika berucap sebagai pembahas di himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia, di Shah Alam, pada Ahad.
Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia hari ini berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam‎.
Khamis lalu, 14 ketua Umno Bahagian Kelantan menyatakan sokongan padu mereka terhadap kepimpinan Najib dengan menandatangani Deklarasi Kelantan.
Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Annuar Musa berkata anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani deklarasi itu di hadapan Najib sendiri pada pertemuan Umno negeri itu.
Pertemuan itu dilaporkan berlangsung selama kira-kira dua jam di bangunan Parlimen.
Deklarasi itu kemudian diserahkan kepada Najib oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Husam dalam dalam ucapannya berkata, beliau tidak mahu kebangkitan penolakan Najib ini dijadikan isu kepada sesetengah pihak untuk menyemarakkan isu perkauman, sebaliknya himpunan tersebut adalah demi negara.
“Jangan jadikan kebangkitan ini isu rasis, kita berhimpun bukan sebab undi tetapi sebab negara.
“Kerana pecah amanah yang dilakukan pemimpin ini adalah ancaman… Adakah ini bukan ancaman kepada negara?,”katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri