Husam bakal sertai PAN?

Presiden PAN, Mohamad Sabu juga mengiktiraf kebijaksanaan Husam terutamanya dalam bidang ekonomi memandangkan pernah bersamanya di Parlimen.

“Kita mengalu-alukan orang sepertinya untuk berada dalam PAN. Terpulang kepadanya nak pilih parti mana. Bagi saya, saya iktiraf dia seorang yang berkebolehan dalam ekonomi.

“Husam adalah seorang yang bijak bestari. Dia seorang yang ada pemikiran dan mempunyai pandangan-pandangan terutama dalam bidang ekonomi.

“Satu penggal saya berpengalaman dengannya di Parlimen, memang dia seorang yang boleh memberi cadangan dan membongkar penyelewengan pemerintah, khususnya dalam bidang ekonomi,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok menyatakan tindakan tersebut diambil setelah mempertimbangkan kes Husam daripada semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti dan perjuangannya.

Jawatankuasa Tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April 2016 mendapati Datuk Husam Musa melakukan tindakan dan perbuatan yang melanggar Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f) Perlembagaan PAS.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri