Hulu Terengganu dan Marang dilanda banjir

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu berkata, antara kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Bukit Ara, Ajil, Kampung Tok Lawit dan Kuala Ping, Kuala Berang dekat Hulu Terengganu.

Kampung Lubuk Pandan, Wakaf Tapai dan Kampung Pantai Ali, Bukit Payong, Marang juga turut ditenggelami banjir.

Setakat ini, agensi terlibat iaitu APM Terengganu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus-lumus untuk membawa penduduk kawasan terlibat ke pusat-pusat pemindahan yang bakal dibuka.

Sementara itu, Sungai Telemong di Kuala Ping dekat sini sudah berada paras bahaya dengan air mencecah 20.36 meter berbanding 19.70 meter pada paras normal.

Manakala Sungai Marang berhampiran Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Chalok, Setiu dan Sungai Keruak, Besut pula didapati berada pada paras berjaga-jaga, memetik Kosmo Online.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia