Hudud: DAP gesa MCA, MIC dan Gerakan tinggalkan BN

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melontarkan permintaan itu termasuk kepada parti SUPP dengan mengatakan tindakan meminda RUU tersebut sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Hadi membentangkan RUU persendirian itu di Parlimen hari ini.

Pindaan tersebut membolehkan hukuman maksima dalam Hukuman Jenayah Mahkamah Syariah ditingkatkan kepada maksimum penjara 30 tahun dan denda maksimum tidak melebihi RM100,000 dan 100 kali rotan.

Kali pertama hukuman itu ditambah baik ialah pada tahun 1984 dan kini selepas 32 tahun PAS mahu hukuman itu ditambah baik sekali lagi.

RUU yang dibawa dan dibentang pertama kali di Parlimen pada Mei lalu disokong oeh UMNO mendapat tentangan hebat termasuk dari parti komponen BN sebelum ditarik balik daripada dibentangkan.

Kini Guan Eng mendakwa PAS dengan sokongan UMNO sekali lagi membentangkan RUU HUdud itu di Parlimen.

DAP menentang keras Hudud dengan alasan ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Perubahan yang akan dibawah dalam Seksyen 365 akan menyaksikan penjenayah akan ditambah hukuman lebih tegas dan ia perlukan sokongan tiga perdua di Parlimen untk diluluskan.

“Oleh kerana ia dibawa sekali lagi, adalah lebih baik komponen BN keluar meninggalkan parti itu,” dakwanya lagi.

Wakil Rakyat di Sarawak juga diminta ketua menteri di negeri itu supaya tidak memberi sokongan kepada RUU persendirian itu. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal