Pengerusinya, Nor Saidi Nanyan, berkata jawatan itu disandang oleh lulusan Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk mengawal selia dan memantau pelaksanaan konsep syariah sepenuh masa di hotel berkenaan.
“Kita melantik seorang hafiz untuk menerapkan dan mengukuhkan lagi nilai-nilai keislaman yang ada di hotel ini,” katanya.
Nor Saidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah berkata, hotel bertaraf empat bintang itu menerima pengiktirafan mematuhi syariah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun lalu dan menerapkan nilai syariah sejak mula beroperasi pada Januari 2015. – Bernama