Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat merayu kepada hospital swasta di sekitar Johor Bahru untuk menerima pesakit yang terlibat dengan kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) awal pagi Selasa.
Menurut beliau, keutamaan buat masa sekarang adalah mencari wad alternatif buat pesakit khususnya melibatkan mereka yang berada dalam keadaan kritikal dan juga wanita bersalin.
“Kami akan membiarkan Bomba dan polis menyiasat punca kebakaran dan kami sedang meneliti kaedah untuk menempatkan mangsa kerana Hospital Sultan Ismail (berhampiran) turut dipenuhi pesakit
“Kami turut bersimpati terhadap keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban. Kami akan memanjangkan bantuan kepada mereka dalam apa jua cara sekali pun,” katanya memetik laporan mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri mesyuarat tahunan Low Carbon Asia Network (LoCARnet) di Bandung pada Selasa.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan kebakaran berlaku di Unit Rawatan Rapi (ICU), menyebabkan enam mangsa meninggal dunia dalam insiden itu.