Hospital sesak di Acheh, kekurangan kakitangan

Seorang sukarelawan polis Acheh, Royan berkata, Hospital Pidie Jaya sesak dengan berpuluh-puluh mangsa yang cedera memaksa sebahagiannya dipindahkan ke Hospital Sigli, kira-kira 60 kilometer dari Pidie Jaya.

Agensi berita Antara memetik seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali sebagai berkata, ramai marah kerana mangsa yang cedera terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pidie Jaya.

Kira-kira 30 mangsa cedera parah dan ringan seperti patah tulang akibat dihempap runtuhan dan sedang dirawat di Hospital Pidie Jaya, pagi ini.

Royan yang turut membantu merawat mangsa berkata, kerajaan sedang menghantar kakitangan dan bekalan perubatan ke Hospital Pidie Jaya.

Gempa itu melanda pada jam 5.23 pagi ini dan mengakibatkan berpuluh-puluh bangunan runtuh. Royan berkata, ada beberapa kedai rosak di Meureudu, kawasan pinggir bandar Pidie Jaya.

Katanya, kerajaan perlu menghantar jentera berat ke Meureudu kerana terdapat mangsa dipercayai masih terperangkap dalam bangunan. – Agensi

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia