Histeria: Solat hajat, bacaan Yasin di SMK Bandar Baru Bangi

Difahamkan, pihak sekolah meminta bantuan daripada Pusat Rawatan Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi bagi mengadakan majlis solat hajat.

Turut difahamkan, pihak SMK Bandar Baru Bangi telah datang ke Darussyifa’ pada Selasa lalu bagi meminta pusat rawatan tersebut mengadakan majlis berkenaan, antara lain sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang.

“InsyaAllah, majlis solat hajat dan bacaan yasin itu akan diadakan pada Jumaat malam selepas solat Maghrib di SMK Bandar Baru Bangi,” ujar sumber, memetik laporan mStar Online pada Rabu.

Terbaharu, difahamkan terdapat insiden serangan histeria berlaku lagi di sekolah berkenaan pada Rabu.

Menerusi satu ‘posting’ di Facebook, terdapat seorang individu mendakwa mendengar suara jeritan di sekolah itu.

Bagaimanapun tidak dipastikan berapa ramai pelajar yang diserang histeria, dan sama ada dakwaan itu daripada pihak guru atau pelajar.

Minggu lalu, lebih 50 pelajar SMK Bandar Baru Bangi diserang histeria dalam satu kejadian pada kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut sumber, beberapa ibu bapa bersama anak mereka yang terlibat dengan serangan histeria itu datang ke pusat rawatan Darussyifa’ bagi mendapatkan rawatan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia