Hishammuddin bantu mangsa kemalangan

Menurut seorang individu yang berada di tempat kejadian, mangsa terjatuh daripada motosikalnya dan terbaring di tepi jalan dalam kesakitan.

“Tiba-tiba kami melihat Datuk Seri keluar dari kenderaannya dan menuju ke tempat mangsa kemalangan,” jelasnya kepada The Star.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan basikal di bulatan Sembrong, Johor pada Sabtu.

Hishammuddin berkata, ketika kejadian berlaku beliau dalam perjalanan pulang ke Kluang selepas selesai membuat lawatan kerja di sana.

“Datuk Seri meninggalkan tempat kejadian selepas penunggang motosikal itu memberitahu dia dalam keadaan baik,” tambahnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia