Hisap syabu untuk cantik, pandai

Pengarah AADK negeri, Azizah Ahmad berkata, angka terbaharu itu membimbangkan kerana jumlah penagih di negeri ini meningkat 100 peratus berbanding tahun lalu yang direkodkan sekitar 700 orang.

“Daripada jumlah penagih berdaftar dengan AADK iaitu sebanyak 1,430, seramai 1,170 atau 82 peratus melibatkan penagih dalam kala­ngan remaja atau belia berumur 18 hingga 39 tahun,” katanya memetik laporan Kosmo Online.

Menurut beliau, ramai belia dan remaja yang terjebak dengan dadah syabu tertipu selepas pengedar mendakwa bahan terlarang itu mampu membuatkan seseorang itu lebih bertenaga, cerdik, kurus dan cantik.

“Bagi pelajar sekolah menengah, kolej atau universiti, mereka tertipu ke­rana pembekal memberitahu, menghisap syabu membolehkan mereka berjaga malam untuk membaca buku.

“Lebih tidak masuk akal apabila pembekal mampu memperdaya pelajar-pelajar dengan membe­ritahu pengambilan syabu memudahkan mereka menghafal setiap subjek yang dipelajari selain menjadikan mereka cepat pandai dan kreatif,” kata beliau.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap