Dalam bidang pendidikan, sejumlah RM600 juta diperuntukkan khas pada pendidikan. Antara pembahagian peruntukan tersebut ialah SK (RM250 juta). SJKC, SJKT, sekolah agama, sekolah berasrama penuh dan sekolah agama bantuan kerajaan masing-masing menerima RM50 juta setiap satu.
Berdasarkan kepada statistik tahun 2010 yang ditunjukkan oleh Jiao Zong, nisbah peruntukan yang diterima oleh SK, SJKC dan SJKT adalah 76:17:7. Walaupun bilangan SJKC rendah berbanding jumlah penduduk di Malaysia, namun berbanding SJKT, peruntukan Bajet yang diberikan kepada SJKC adalah yang paling tidak adil.
Sebelum beberapa hari Bajet negara dibentangkan, Pakatan Harapan telah mengemukakan Bajet Alternatif. Penulis dengan penuh harapan ingin melihat ‘sijil UEC diiktiraf’ dan ‘pembahagian peruntukan kepada sekolah pelbagai aliran mengikut jumlah penduduk’.
Bagaimanapun, tidak tahu sama ada penulis rabun atau tidak nampak, Bajet Alternatif Pakatan Harapan langsung tidak kelihatan butiran mengenai mengiktiraf SMPC atau peruntukan kepada SJKC. Langkah Pakatan Harapan ini seolah-olah mengkhianati tuntutan dan permintaan masyarakat Cina.
Sikap ‘tidak tetap pendirian’ ini bukan sahaja berlaku kepada parti politik, segelintir ahli politik juga bersikap sedemikian. Contohnya seorang bekas ahli DAP berkeras di dalam Facebook pada tahun 2015 bahawa dia membantah kerjasama dengan bekas PM, Mahathir dan menggesa PM Najib letak jawatan.
Namun pada bulan Mac 2016, dia menyatakan sokongan terhadap hubungan kerjasama Pakatan Harapan dengan Mahathir. Malah dia juga menggunakan kata-kata Bruce Lee iaitu ‘be like water, my friend’. Netizen yang bertindak menghantar kembali kenyataan yang pernah dibuatnya pada tahun 2015 lalu kemudian dipadam komen mereka dan disekat.
Penulis kini juga tidak faham parti mana yang membanteras rasuah kerana dilihat parti politik masing-masing sibuk membanteras rasuah orang lain. Diharapkan semua rakyat tidak melupai tarikh hitam Malaysia 27 Oktober pada 29 tahun yang lalu (Ops Lalang). Jangan lupa juga siapa yang memulakannya. – Oriental Daily