Hina Premier Sarawak, Laporan Polis Dibuat Ke Atas ‘Bozz Jebat’

KUCHING: Beberapa laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Bozz Jebat’ kerana didakwa menghina Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata empat daripada laporan itu dibuat di Kuching, manakala masing-masing satu dibuat di Simunjan dan Serian.

Katanya, polis membuka kertas siasatan terhadap semua laporan termasuk yang terbaharu dibuat oleh 11 Setiausaha Politik Premier Sarawak di Balai Polis Satok, tengah hari tadi.

Jurucakap kumpulan itu, John Nyigor, berkata Bozz Jebat bukan sahaja memainkan isu perkauman, tetapi seolah-olah turut menghasut rakyat Sarawak menentang Semenanjung.

“Kami membuat laporan polis kerana mahu keharmonian kaum dan agama di negara ini dipelihara.

“Orang seperti ini yang cuba mencetus kebencian perlu diberi pengajaran,” katanya.

Laporan polis turut dibuat oleh Persatuan Kebajikan Sahabat Pembina Insan Sarawak (SAHABAT) Daerah Kuching dan Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS). –Berita Harian Online

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri