Himpunan ‘Tangkap MO1’ tidak dihijack – Anis Syafiqah

Kata Anis, pihaknya hanya memberikan ruang kepada parti politik dan NGO untuk berucap di dua tempat pengumpulan peserta iaitu di Sogo dan juga di Masjid Negara.

“Kami menafikan sama sekali perhimpunan itu dihijack sebabnya saya sudah maklumkan awal-awal kepada semua pihak bahawasanya kita hanya memberikan ruang kepada pihak-pihak lain seperti parti politik dan NGO di dua tempat perkumpulan awal sahaja.

“Di Dataran Merdeka memang 100 peratus mahasiswa yang selia,” katanya kepada pemberita selepas dipanggil polis untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Mengulas mengenai majoriti ucapan-ucapan di perhimpunan tersebut yang menyeru peserta hadir dalam perhimpunan Bersih 5 akan datang, Anis menyifatkan perkara itu hanya ucapan sampingan sahaja.

“Tidak sama sekali. Bahkan kita pada pada 27 Ogos, kita fokus kepada objektif kita iaitu untuk menangkap dan menghadapkan MO1 ke muka pengadilan

“Mungkin ada sampingan-sampingan seperti Bersih 5 dan sebagainya, itu tambahan kepada peserta-peserta lain dalam perhimpunan,” katanya.

Bekas aktivis mahasiswa, Khalid Mohd Ismath sebelum menyuarakan rasa kecewa dengan himpunan tersebut apabila melihat mahasiswa hanya mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan oleh parti politik dan NGO.

Saya tak pasti apa nama YB muda DAP dan PKR itu yang tergila-gilakan sangat untuk naik ke pentas dan digila-gilakan sangat oleh penganjur untuk berikan dia mikrofon untuk berucap.

“Apabila berjalan, saya melihat segala arahan, perjalanan dan aturan himpunan serta pergerakan bukan dikepalai mahasiswa pun. Mahasiswa hanya memegang pembesar suara dan mikrofon.

“Saya lihat (aktivis) Hishamudin Rais dan kawan-kawan politiknya yang mengarahkan mahasiswa itu dan ini serta memilih siapa YB yang akan naik atas trak untuk berucap. Mengapa mahasiswa tidak diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan?,” soalnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri