Himpunan sokong Guan Eng cubaan pembangkang tekan pihak berkuasa, kata Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemimpin dan penyokong pembangkang emosi menghadapi dakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng susulan khuatir tuduhan rasuah yang dikenakan oleh Guan Eng itu adalah benar.

“Daripada apa yang kita lihat Barisan Nasional (BN) punya wakil rakyat yang pernah ada kes seperti ini dan ianya bukan kali pertama.

“Kalau BN selalu bersalah, kalau DAP lain pula. Itu yang saya tengok kalau BN memang salah sehingga dibukti tidak bersalah, kalau pembangkang tidak bersalah sehingga dibukti dia bersalah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Aids Malaysia (MAC) di Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara di ibu negara, malam Khamis.

Pagi tadi, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mendakwa Setiausaha Agung DAP itu di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, atas tuduhan salah guna kuasa untuk kepentingan diri dan isterinya dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014.

Manakala ahli perniagaan, Phang Li Khoon didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Guan Eng pada 28 Julai 2015 berhubung pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

“Cara dia (pembangkang) keluar ramai-ramai macam nak tekankan orang adakah juga nak beri tekanan kepada mahkaman

“Kalau BN wakil rakyat atau menteri BN tenangkan sahaja dan kita biar mahkamah kendali dengan cara bebas,” katanya, yang turut merujuk kes membabitkan Khir Toyo sebelum ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri