Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dalam kenyataan berkata DBKL tiada masalah berhubung permohonan pihak penganjur untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat berhimpun namun perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
PAS sebelum ini telah memohon untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan itu, tetapi ditolak DBKL.