Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata perhimpunan tersebut hanya boleh diadakan di Stadium Titiwangsa.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penganjur perhimpunan itu membuat permohonan rasmi untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka, namun ia tidak dibenarkan.
Perhimpunan tersebut yang mensasarkan kehadiran 300,000 orang, akan diadakan di pada 18 Februari.
Perhimpunan itu, katanya adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. –Tamil Malar