Syarikat penerbitan Simon and Schuster berkata, ketika ini buku yang masih belum diberi judul itu bakal diterbitkan pada musim luruh dan ia hasil ilham dari petikan kata-kata kegemaran bekas setiausaha negara selama sedekad yang dikumpul.
Clinton jarang dilihat umum sejak kalah pada November lalu di tangan Trump yang memusnahkan harapan beliau untuk menjadi wanita pertama mengetuai negara paling berkuasa di dunia.
“Petikan kata-kata ini meraikan saya ketika gembira, ketawa, keadaan luar jangkaan, tabah waktu sukar dan meningkatkan rasa penghargaan sepanjang hidup,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan syarikat itu.
Sebelum ini, Clinton pernah mengarang lima buah buku antaranya, ‘Hard Choices’ diterbitkan pada 2014, ‘An Invitation to the White House’ dan ‘It Takes a Village’ semuanya diterbitkan Simon and Schuster.
Edisi luar negara bakal diterbitkan di Australia, Britain, Kanada dan India. Karangan terbaharu itu bakal diterbitkan dalam bentuk format buku-audio. – AFP