Hidung bernilai RM25.7 juta

Diane Cox, 48, baru memulakan kerjaya sebagai pakar penilai keju di Wyke Farm.

Tugasnya adalah menggunakan kemahiran menghidu dan mengesan blok keju cheddar yang matang.

Kemahiran yang dimilikinya itu sangat bernilai sehingga majikannya sanggup membayar insurans sebanyak £25,000 setahun dengan Lloyd dari London untuk melindung hidungnya itu.

Wyke Farm yang mula beroperasi sejak 155 tahun lalu membekalkan 15,000 tan keju setahun ke United Kingdom dan 160 negara lain.

Diane memberitahu The Mail, dia menjaga rapi hidungnya itu supaya tidak rosak dan mengelakkan dari dijangkiti selsema.

“Saya mempunyai deria bau yang baik sejak kecil lagi.

“Saya sangat menitikberatkan penjagaan bagi mengelakkan jangkitan dan memastikan sentiasa sihat dan cergas kerana tidak mahu ia menjejaskan deria bau dan rasa,” katanya.

Tanggungjawab yang dipikulnya itu memerlukan Diane makan lebih daripada 1 pound keju empat hari seminggu iaitu kira-kira 184lb (83kg) setahun.

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun