Herba beracun ragut nyawa pesakit diabetis

Mangsa yang lain berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital kerajaan selepas mereka minum minuman yang disediakan doktor di klinik sementara di Kampung Alagappuram di Tamil Nadu, India.

“Mangsa tidak sedarkan diri dan muntah-muntah kemudian dipindahkan ke hospital di mana empat daripada mereka meninggal dunia,” kata pegawai polis tempatan, Muthiah.

Doktor yang dinamakan sebagai Mutuhupandi, individu pertama minum campuran herba itu bagi membuktikan keberkesanan minuman itu sebelum memberikan kepada lima daripada pesakitnya dari kampung berkenaan.

Muthupandi mendakwa menjalankan sebuah klinik di bandar berhampirran Tenkasi dan melawat sekitar kampung berdekatan untuk merawat pesakit.

Pegawai berkata, Muthupandi hanya menyamar sebagai doktor dan mempunyai latar belakang jenayah.

Pasukan penyiasat mengarahkah siasatan terperinci bagi mengetahui kelayakan doktor berkenaan.

“Terdapat kes kecurian dilaporkan terhadapnya namun masih belum dibuktikan. Kami sedang memeriksa sama ada dia mempunyai apa-apa kelayakan perubatan,” kata Muthiah dipetik AFP.

Sementara itu, doktor kerajaan, Jasline Rajiah berkata, sampel minuman berkenaan telah dihantar untuk dianalisis di makmal bagi mengenalpasti punca kematian.

“Ia nampak jelas kematian adalah disebakan kes keracunan,” ujarnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia