Hentikan viral minyak masak di pasaran kurang – KPDNKK

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayudin berkata, jika berlaku keadaan panik, ia boleh menjadi punca kepada pembelian panik yang akhirnya menjejaskan kestabilan stok.

“Saya harap penyebaran viral dihentikan kerana akibatnya pengguna membeli dengan banyak sehingga boleh menjejaskan kestabilan stok.

“Saya juga menasihatkan pengguna jangan panik kerana bekalan mencukupi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Advokasi Post-GST AntiPencatutan 2011 dan Kesedaran Kepenggunaan peringkat negeri Perak di Kuala Kangsar pada Khamis.

Selain itu, Mohd. Roslan memberi amaran tiada pengilang, pembekal dan peruncit yang terlepas daripada tindakan jika didapati menyorok barangan keperluan demi mengaut keuntungan. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia