Pada era 70-an atau sebelumnya lagi, setiap kaum bergaul baik antara satu sama lain dan tinggal bersama-sama tanpa ada syak wasangka. Namun selepas bekas PM, Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan PM, beliau tidak henti-henti melaksanakan dasar yang membezakan rakyat sehingga suasana harmoni antara kaum dalam negara rosak demi mengukuhkan kedudukan politiknya.
Semasa Mahathir berkuasa, beliau telah bermain dengan isu perkauman demi mencapai matlamat sendiri. Jadi, ada ilmuan telah membuat penyelidikan mengenai Mahathir sehinggakan Mahathir diberikan satu nama iaitu ‘Mahathirisme’. Tujuannya adalah untuk merujuk Mahathir sebagai individu yang mewujudkan perkauman, pemerintahan diktator, rasuah dan kroni ketika menjadi PM.
Selain itu, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipergunakan oleh Mahathir juga mewarisi mantel Mahathir dan menggunakan isu perkauman untuk meraih undi. Menurut pendedahan PM, Najib Razak baru-baru ini, Anwar telah mencabar Perlembagaan Persekutuan semasa PRU 2008.
Langkah ini telah menyebabkan politik negara terjerumus dalam dilema perkauman pada PRU 2008. Hakikatnya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang berpindah ke Gelang Patah semasa PRU 2013 juga pernah menuduh Mahathir sebagai bersifat perkauman. Ketika itu, Lim Kit Siang juga sangat bimbang Mahathir akan campur tangan dalam politik kerana ia mungkin akan mewujudkan kembali ‘Mahathirisme’.
Setelah generasi bertukar, Mahathir dan Anwar masing-masing sudah berundur. Sebelum ini mereka bermusuhan namun hari ini mereka bersedia untuk bekerjasama dalam politik demi mengembalikan teras kuasa. Seperti yang kita semua tahu, Mahathir pernah memecat Anwar pada tahun 1998 dan mengheret Anwar ke penjara.
Bagaimanapun baru-baru ini Mahathir bertemu Anwar di mahkamah dan bersalaman sambil tersenyum. Selain itu, Wan Azizah juga baru-baru ini berkata, beliau sudah memaafkan Mahathir.
Bukan itu sahaja, Lim Kit Siang yang sebelum ini bimbang dengan kewujudan kembali ‘Mahathirisme’ dan DAP juga sudah bertentang mata dengan Mahathir dan bersedia untuk memberi bantuan sepenuhnya demi mencapai cita-cita politik mereka. Tiga tahun dahulu, beliau menuduh orang lain bersifat perkauman, namun selepas tiga tahun beliau menjalinkan kerjasama pula dengan orang itu.
Jika rakyat negara kita membenarkan mereka berjaya dan kembali ke teras kuasa, diyakini mereka akan menggunakan helah lama dengan merosakkan hubungan kaum demi mengukuhkan kuasa dan kedudukan mereka kerana kita semua tahu orang boleh berubah. Diyakini Mahathir dan Anwar juga tidak terkecuali. Pihak yang menderita adalah rakyat berbagai kaum. – Kwong Wah Yit Poh