Hentikan perbincangan calon PM, TPM

Menurut beliau, topik berkenaan hanya akan menjadikan rakyat tidak berminat dengan mereka dan sudah tentu ianya tidak akan memberi kelebihan kepada pembangkang di negara ini.

“Lebih banyak kita bercakap mengenai siapa yang akan jadi perdana menteri, kita akan hilang sokongan rakyat yang kita perlukan undi mereka.

“Saya tidak ada pendapat (mengenai) siapa yang akan jadi perdana menteri, saya hanya fikir (perbincangan) ini perlu dihentikan,” kata Ahli Parlimen Pandan itu ketika ditemui di Kuala Lumpur pada Rabu.

Malah beliau menambah, perkara berkenaan seakan-akan memberi peluang kepada UMNO dengan memutar belitkan perbincangan tersebut dan itu akan menyebabkan pembangkang kehilangan sokongan di peringkat akar umbi.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa terdapat lobi supaya presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali sebagai timbalannya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri