Hentikan fitnah terhadap PM, kata Ku Nan

Beliau berkata, pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir, bahawa sumbangan derma kepada Najib itu memang datang dari negara itu tanpa mengharapkan sebarang balasan, seharusnya menutup terus segala fitnah terhadap Najib.

“Ternyata segala fitnah dan tohmahan yang dibuat kepada Perdana Menteri selama ini tidak berasas, dibuat secara melulu, dan saya menyeru semua pihak tidak lagi melakukan sebarang fitnah berhubung hal itu.

“Kita sedang bergerak menuju negara maju, jadi perbuatan fitnah memfitnah ini perlu dihentikan segera demi kebaikan semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival RODA MANIA 1.0 di sini hari ini.

Selain mengesahkan derma itu datang daripada keluarga diraja Arab Saudi, Adel juga mengakui pihaknya mengambil maklum siasatan kes berkenaan oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Siasatan secara terperinci itu mendapati tidak ada sebarang salah laku.

Adel memberitahu wartawan Malaysia demikian selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Najib di luar Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, semalam.

Tengku Adnan berkata, beliau percaya tohmahan terhadap Najib akan terhakis dengan sendiri selepas rakyat didedahkan dengan kebenaran susulan pengakuan menteri Arab Saudi itu. – Bernama

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri