Insiden berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.
Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.
Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.
Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan. Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.