Hati rakyat sukar diramal

Selepas Donald Trump berjaya dipilih sebagai Presiden AS dan kejayaan referendum EU, membuatkan masyarakat dunia membuka mata bahawa “pungutan suara” belum tentunya bertepatan, mula mempersoalkan pungutan suara berkemungkinan berat sebelah yang akan menyembunyikan suara dan pemikiran sebenar rakyat.

Menurut Rafizi, NGO Invoke yang ditubuhkan olehnya telah mengambil masa tiga minggu menerusi media sosial menjalankan pungutan suara terhadap 10 juta rakyat, seramai 100 ribu yang membalas dan setiap 10 orang Melayu, hanya empat orang sahaja yang memilih untuk menyokong UMNO.

Sejak terlibat dengan politik, Rafizi dikenali sebagai tokoh kontroversi, beliau mewakili generasi Melayu yang muda, moden dan liberal. Walaupun beliau mendapat sokongan yang tertentu dalam kalangan generasi muda Melayu, namun dalam parti pula beliau adalah “lone ranger”. Laman Facebook Rafizi dalam sehari boleh mencecah hampir 400 ribu orang Melayu. Beliau menggunakan anak-anak muda sebagai platform untuk mendekati pemikiran generasi baharu, maka ramai yang memberi komen bahawa politik Rafizi adalah jenis “masa depan”.

Rafizi berkata PH mengharapkan untuk memecah belah 30 kerusi pinggir bandar milik BN, kesemua kerusi ini masing-masing di Johor, Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya. Strategi ini sebenarnya bukan pandangan peribadi Rafizi kerana sebelum ini dalam DAP juga telah mencadangkan bahawa jika lima peratus undi kaum Melayu berpaling tadah maka PH akan mempunyai peluang untuk menang dalam PRU14.

Begitu juga Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman berpendapat bahawa kerjasama PH dengan PPBM akan memberi peluang kepada pembangkang untuk meraih kuasa pentadbiran tujuh hingga lapan negeri. Jika benar PKR begitu yakin, adakah ini bermakna ramalan Jomo tidak mendapat pengiktirafan parti itu? Selain Jomo, sudah ada yang meramalkan bahawa BN masih boleh mempertahankan rejim dan ramalan adalah berdasarkan justifikasi jelas iaitu pembangkang berpecah belah dan tiada alternatif yang konkrit.

Selepas PRU12, undi Melayu telah berpecah kepada tiga bahagian iaitu UMNO, PAS dan PKR. Tetapi selepas lapan tahun politik terus bergerak ke arah perpecahan, kemunculan AMANAH dan PPBM sekali lagi membuatkan undi Melayu berpecah dan masyarakat melayu berdepan dengan krisis politik yang serius.

Tidak dinafikan bahawa PKR menjadi pilihan pengundi Melayu muda bandar, tetapi kaum Melayu di luar bandar yang masih mengekalkan konservatif agama dan mementingkan ketuanan Melayu, adalah masih lagi kumpulan majoriti pengundi. Merujuk kepada pungutan suara Rafizi Ramli, adakah enam responden yang menolak UMNO merupakan pengundi di kawasan pinggir bandar?

Pandangan awam adalah sukar untuk diramalkan, dalam keadaan pakatan pembangkang masih belum bersatu sepenuhnya dan tiada alternatif yang konkrit, sukar untuk pembangkang merealisasikan angan-angan ubah rejim BN. – Kwong Wah Yit Poh

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”