Hashim Jasin dilantik Mursyidul Am PAS baharu

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh, ketika mengesahkan lantikan itu berkata keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat di ibu pejabat parti berkenaan, kira-kira jam 4 petang, tadi.

Katanya, MSU turut sebulat suara mengekalkan Datuk Ahmad Yakob sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS.

“Ahmad Yakob sendiri mahu dikekalkan sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS kerana menurutnya, beliau perlu memikul tanggungjawab dan tugas lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Sehubungan itu, kita lantik Hashim kerana beliau paling tua dalam Majlis Syura Ulama, selain mempunyai kredibiliti daripada aspek politik yang jauh dan mantap,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Allahyarham Haron yang juga Pengasas Pusat Perubatan Islam Darussyifa kembali ke rahmatullah ketika mendapatkan rawatan di di Hospital Stanford, San Francisco, pada jam 10.10 pagi, 16 September lalu, waktu Malaysia, akibat komplikasi jantung.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri