Nazi mencuri berjuta-juta karya seni dan emas semasa Perang Dunia Kedua dan banyak daripadanya tidak pernah ditemui.
Penyelam, Phil Sayers dari Essex, United Kingdom percaya emas-emas berkenaan berada di atas kapal perang Jerman MV Wilhelm Gustloff.
Kapal itu tenggelam pada Januari 1945 oleh torpedo Soviet di luar pantai Poland, menyebabkan 9,500 pelayar di atas kapal terbunuh.
Phil percaya emas itu berada di atas kapal berkenaan kerana salah seorang mangsa terselamat yang menaiki kapal pada masa itu memberitahu dia melihat emas-emas berkenaan dimuatkan ke dalam kapal itu.
Menurut Phil, Rudi Lange yang merupakan pengendali radio di atas kapal memberitahu peti dipercayai membawa emas dimuatkan ke kapal itu.
“Rudi pada mulanya tidak menyedari muatan kapal berkenaan sehinggalah pada tahun 1972 dia bertemu dengan salah seorang mangsa yang terselamat yang ditugaskan menjaga emas berkenaan dan mendedahkan emas tersebut diletakkan di dalam peti-peti besar.
Phil percaya, ia adalah pertunjuk menunjukkan kewujudan harta karun tersebut.
Pencarian harta Hitler sebelum ini turut dilakukan beberapa pemburu harta karun lain yang menjalankan ekpedisi mengali emas yang dipercayai tersembunyi di luar bandar Poland.
Jengkaut memulakan operasi mencari emas yang dikatakan berada di dalam kereta api Nazi yang dipercayai tersembunyi di Wroclaw dan Walbrzych di barat Poland.
Bagaimanapun tiada sebarang penemuan dilaporkan.