Haron Din tinggal amanat supaya dikebumikan di AS

Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, pesanan itu disampaikan Allahyarham di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, di Kangar, sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

“Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan,” katanya, memetik BH Online.

Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama , Kangar malam ini.

Allahyarham meninggal dunia tepat jam 10.10 pagi tadi (waktu tempatan) di California.

Berita kematian tokoh agama itu sebelum ini disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan melalu aplikasi whatapps kepada wakil media.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia