Haron Din selamat dikebumi di bumi California

Perkara berkenaan dimaklumkan anak Allahyarham, Dr Huda Haron melalui akaun Facebook rasmi milik Haron Din awal pagi ini.

Sebelum ini, keluarga Allahyarham memaklumkan bahawa amanah terakhir Mursyidul Am PAS itu adalah untuk menyemadikan dirinya dimana beliau menghembuskan nafas terakhir.

Susulan daripada itu, keputusan keluarga ulama berkenaan dicapai untuk menyemadikan jasad Haron Din di Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan yang sama, laman rasmi Facebook milik ulama itu juga memaklumkan bahawa solat jenazah ghaib akan dilaksanakan hari ini bertempat di Dewan Solat Darussyifa’, Bangi selepas solat Maghrib.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia