Harga tiket JDT lawan PKNS FC RM50 kekal, kata persatuan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kevin Ramalingam berkata, harga tiket itu terpaksa dikekalkan memandangkan segala persiapan untuk perlawanan akhir itu sudah dibuat dan tiada masa untuk pindaan,

“Saya tahu ramai yang akan mengkritik, tapi inilah keputusan yang perlu diambil untuk melakukan perubahan bermula tahun ini.” katanya.

Kelmarin, FMLLP mengambil keputusan menaikkan harga kepada RM50 berbanding RM40 pada edisi lalu selain membatalkan kuota tiket bagi kanak-kanak.

Mengulas lanjut tiada lagi peruntukan tiket untuk kanak-kanak, Kevin menjelaskan ia demi meningkatkan keselesaan pada aksi final itu nanti.

“Sekiranya keputusan FMLLP menghapuskan tiket kanak-kanak ditempelak sebagai tidak wajar, kita ada aturkan acara yang libatkan 1,000 kanak-kanak sebelum sepak mula berlangsung.

“Beza cuma tidak ada lagi tiket untuk kanak-kanak enam hingga 12 tahun, sebab atas 12 tahun juga dijual dengan harga dewasa. Kita bukan tak nak galakan kanak-kanak untuk minat bola sepak seperti didakwa,” katanya.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2